Friday, October 1, 2010

Ade manfaat ghupenye tengok tv...

Syukran, Ketemu lagi kita ya. Alhamdulillah, masih diberi kekuatan oleh Allah untuk Share idea2 yang terfikir di dalam kepala ni..hehe


semalam, ari jumaat, bersamaan 1 October 2010, jam 9 malam..aku tengok tv, bnde yg biase, tv3, cite Ahmad Durrah. Layan punya layan cite ni. bolet tahan jugak. part cite tu smalam mengenai Taha yang sakit hati nak gi belasah Durrah sebab kunun2nye Durrah ni mengganggu kampung dia,sedangkan musafir ni tak buat ape2 pun...
pastu dh abes dorg bersilat & berkungfu (Durrah mcam berkungfu siott, bukan silat dah..), dileraikan dengan seorg penduduk kg..Durrah ni pulak pas abes2 je berlawan, dia ckp dgn pacik tu yg dia nak cari masjid.. pakcik tu cakap yg masjid kt kg tu xde, org smbhyg kat kg sebelah..yg ade hanya masjid lama yg dorg dh lame gile x gunakan n sangat2 lah behabuk..durrah kate nak solat dhuha. waktunye pun dh nak dekat abes..


Mase Durrah duk cakap pasal solat Dhuha, aku pun tertanya2 dalam ati. solat dhuha tu solat ape ye. malunye rase, Jahilnye aku..Pastu teringat abang aku penah cakap.. "kak, Buat dhuha kak,InsyaAllah, murah rezeki"
Aku dengar je la abg aku cakap tu, "yela-yela" tapi x amek tau pun..mase xtau pasal solat ni,aku pn iye2 la ingatkan solat ni buat waktu tengah malam. ala, macam solat tahajud tu. Bila dh tgk cite Ahmad Durrah, terfikir pulak, ghupenye, solat waktu pagi, wktu matahari naik..Malu sebab jahil..selama ni, solat yg wajib je,solat2 sunat, yg tau pun..istikharah, taubat n hajat.itujela. rupanya, mcam2 lagi ada. Islam ni cukup kaya,aku je jahil x nak amek tau..shynyeee aku.huhu.


Kalo tengokkan khasiatnye, rase2 tak nak langsung tinggalkan solat2 sunat ni. rase tamak sgt, sume nak buat. yela, ruginye tak buat, kelebihannya, di dunia & akhirat. Allah pun makin sayang =)


Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).


Lihat? Bestkan?


Cari peluang selagi masih boleh beramal & meningkatkan diri kepada Allah.
sesungguhnya, kite dicipta untuk dekat pada-Nya, dan jauhkan daripada Syaitan yg direjam.
ade faedah jugakkan tengok tv..sape kata producer2 tmpatan tak bagus?
org melayu ptt bnyakkan cite2 camni, barulah Islam & amalan2 tu kte amalkan.


Hehe.


Semoga berjumpa lagi.


=)

No comments:

Post a Comment