Thursday, November 18, 2010

iLuvIslam

Salam, syukran masih diberi masa untuk bernafas di bumi tuhan yang semakin uzur..

Belum terlambat untuk wish salam aidiladha pada semua umat islam, Alhamdulillah, bersyukur kita dilahirkan sebagai umat islam..
Smentara aku masih bercuti, sebelum masuk ke akademi salah sebuah bank di Malaysia ni, aku pn  mengisi masa dgn beberapa bacaan ,supaya bertambah ilmu di dada.. pagi tadi, sambil2 tergerak hati nak berjalan kaki ke kedai depan rumah mak ngah untuk memotong seluar, tergerak hati untuk beli akhbar I Luv Islam. Baru sekali terjumpa akhbar ni walaupun dh lame di published kan.dengan motto seakan2 motto puteri Islam,-Ilmu, Iman & Amal, aku tertarik sebab perkataan I LUV ISLAM tu besar,kte sebagai umat islam, mestilah trase nak beli..
teringat pulak dulu mase sekolah menengah, aku pegang jawatan sebagai pengerusi puteri Islam Maktab Sabah..wpun mase tu berniat untuk tukar ke Kadet remaja, tapi kerna vote yg rmai,aku dinaikkan menjadi pengerusi..Menjadi pengerusi,aku sangat regret sebab tak dapat nak menjadi ketua yang berdedikasi, terlalu lemah, sehinggakan kerja2 setiausaha aku yg buat, semua lepas tangan, tapi paling best mase camping ade jugakla menang awards persatuan paling prihatin sebab semua ahli puteri Islam sakit ..ayu2 semuanya..hari last,pengerusinye skali tersadai demam..hadoi..kisah mahal 6 tahun lepas, sekejap je mase berlalu kan..

Berbalik pada akhbar iLuvislam, tertarik dengan artikel pasal " Bercinta bertahun, kahwin sehari"..tak tau la kenapa lately aku rase tertarik je nak bace hal2 kahwin ini..agak2 dah ade aura kut?? hahaa..gurau saje..
artikel tu macam biase je, nasihat pasal klo bercinta bertahun2 bukan penentu kebahagiaan selepas kawin..tapi ape yg aku tertarik, aku terbace sabda Rasulullah SAW di bawah artikel ini :-
"Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertaqwalah dia kepada Allah swt pada separuh yang belum disempurnakan lagi"' (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Maksudnye, walau cmne bertakwa pun seseorang tu,slagi x berkahwin, belum sempurna separuh tanggungjawabnye pada agama..fuhh! baru tau..sesape yg belum berkahwin tu, silakan kahwin ye!! lagi2 yg umurnye atas 25 tahun..;p
byk nak cakap lg, tp nanti smbung kepala pening la pulak..

will be continue..

Salam..

Tuesday, November 9, 2010

Love part 2

Assalammualaikum. ketemu lagi kita ya.
 arini mode love tetibe ade,so rase nak share ckit pengetahuan tentang cinta yang di ambil dari blog seseorang, smoga dapat manfaat dari bacaan ni..


untuk lebih feel,play laa video sbelah nie..the melody niceee ---->


Mengurat & Bercinta dalam Islam


Adalah sesuatu yang amat perlu untuk seseorang itu memulakan mukadimah cinta dengan mengurat. Apakah hukum mengurat dan bercinta dalam Islam? Apakah dibenarkan seorang lelaki muslim berbual dengan perempuan muslim?. Semua persoalan ini mungkin bermain-main dibenak fikiran remaja muslim yang sangat menitikberatkan ajaran Islam. Bagi sahabat remaja muslim yang kurang mengambil berat persoalan ini, mungkin mereka akan mengunakan formula “pakai bedal sahaja”. Salah tanggapan dan silap fahaman terhadap persoalan ini boleh mewujudkan konflik dalam diri remaja muslim.
Secara kasarnya ada sesetengah ulama menganggap mengurat dan bercinta itu halal tetapi kebanyakkan ulama yang lain pula menganggap haram. Bagaimanapun dikalangan ulama Fekah terdapat beberapa orang ulama yang merupakan pencinta yang hebat seperti Daud az-Zahiri yang merupakan imam Mazhab az-zahiri. 
Sebenarnya mengurat dan bercinta sama-sama penting dalam kehidupan. Tiada siapa yang dapat lari daripada mengurat dan bercinta termasuk mereka yang bercinta selepas berkahwin. Hal ini kerana mereka yang bercinta selepas berkahwin akan melihat bakal isteri sebelum diijabkabulkan.
Selain itu jika cinta dianggap sebagai mukadimah kepada perkahwinan, maka mengurat pula dianggap sebagai mukadimah kepada bercinta. Kedua-dua ini berkait antara satu sama lain kecuali bagi mereka yang berkahwin atas pilihan keluarga.
Mengurat dan bercinta dianggap berguna jika ia membawa kepada kebaikan. Sebagai contoh mengurat dan bercinta yang disusuli dengan perkahwinan dan mendirikan rumah tangga adalah berguna kerana ia membawa kebaikan. Dari sini terbentuk pula keluarga dan daripada keluarga ini terbentuk pula masyarakat seterusnya negara.Tidakkah dalam konteks ini mengurat dan bercinta tepat dengan ajaran Islam? Jawabnya ia memang bertepatan dengan ajaran Islam kerana manusia yang diamanahkan Allah sebagai khalifah di muka bumi ini perlu meneruskan survival sehingga ke hari kiamat. Kemungkinan jika manusia tidak mengurat dan bercinta, kita akan pupus di dunia seperti pupusnya dinasour dan ini sudah tentu menyalahi amanah Allah itu.
Namun dari sudut lain, mengurat dan bercinta dianggap tidak berguna dan tidak membawa kepada kebaikan. Mengurat dan bercinta seperti ini tidak menjadi mukadimah kepada perkahwinan sebaliknya mukadimah kepada melahirkan anak luar nikah atau mencampakkan anak yang tidak berdosa ke dalam tong sampah dan longkang.
Mengurat dan bercinta seperti ini dilarang dan diharamkan dalam Islam. Selain itu perlu diingatkan juga bahawa tindakan seseorang itu mengurat dan bercinta itu biasanya bertitik tolak daripada perasaan dan emosi, maka dengan itu mudah sekali terjerumus dalam perkara-perkara yang tidak baik. Oleh itu sesiapa sahaja yang berhadapan dengan ajakan perasaan dan emosi untuk mengurat dan bercinta perlu berusaha sedaya upaya mengunakan kewarasan akal.

Malah sebagai seorang muslim kita juga perlu mengelak daripada konteks fizikal atau luaran yang boleh mencetuskan keghairahan seks yang seterusnya menyebabkan berlaku perlanggaran hukum Allah iaitu perzinaan. Dalam hal ini adalah amat perlu setiap individu muslim berpegang kepada tanggugjawab menjaga dan memelihara aurat kerana persoalan keghairahan seks mempunyai hubung kait yang amat besar untuk berlakunya perzinaan.

Bagi mengelak daripada perkara-perkara terkutuk ini berlaku, panduan rasulullah perlu dipatuhi. Baginda melarang orang Islam supaya jangan melampau dalam mengurat. Malah baginda menyuruh mereka bercinta kerana Allah iaitu mencintai orang yang dikasihi kerana Allah.
Terdapat beberapa riwayat menceritakan Nabi Muhammad s.a.w membenarkan hamba menyanyikan lagu mengurat dipanggil ghazl. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Rasulullah menyuruh Aisyah menghantar seorang hamba yang pandai menyanyi lagu ghazl kepada pengantin kaum Ansar yang menjadi kerabat Aisyah. Ini kerana menurut Nabi, kaum Ansar ada keramaian termasuk mendendangkan lagu-lagu ghazl. Baginda berkata : Sesungguhnya kaum Ansar adalah kaum yang ada pada mereka ghazl. (Ibnu Majah. Hadis No 1890) 
Ghazl bermaksud mengurat tetapi ghazl dalam beberapa hadis nabi bermaksud mendendangkan lagu-lagu cinta yang sunyi daripada kata-kata baik dan sebagainya. Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh al-Bukhari,muslim dan lain-lain, Rasulullah menginggatkan supaya seorang penyanyi keluarga baginda bernama Anjasyah supaya jangan terlalu melampau mendendangkan lagu-lagu yang memperkatakan tentang mengurat dan bercinta.
Dato Dr Mashitah Ibrahim, penolong profesor di Jabatan al-Quran dan Sunah, Kulliah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memberi penjelasan mengenai cinta. Cinta ujarnya sering dikaitkan dengan barat atau Bollywood tetapi sebenarnya orang terlupa bahawa pokok persoalan cinta merupakan matlamat asasi dalam Islam.
Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah, cinta pada rasul, cinta kepada negara dan cinta sesama manusia. Sebab itulah rasulullah menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta. Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda: tanamkan dalam diri anak-anak kamu cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca Al-Quran.
Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi s.a.w bersabda bahawa tidak masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai diantara satu sama lain. 
Remaja bercinta jelas beliau bukan suatu perkara yang melanggar fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu diaturkan bagaimana cara mereka bercinta. Cinta tidak boleh berdasarkan emosi semata-mata, REMAJA mesti ada rasa tanggungjawab.
dalam 145 comment dari blog diatas, saye tertarik dengan komen dari my nurul dimana respon dia:-
" sebelum paper..baik kiter sama2 paham dulu apa yang dimaksudkan dengan bercinta, mngurat dan berkapel…apa itu kapel, bagaimana yang dimaksudkan dengan bercinta berlandaskan syariat, bagaimana pula cara terbaik untuk mengurat tanpa melanggar batas2 agama..tak mengurat tak bercinta, tak bercinta taklah berkapel..betul ke? actually pada saya bergantung pada diri sendiri. mengikut kebanyakan pendapat ulama’ memang kapel tu haram. tapi kapel yang camne?kal0 kapel sampai wat kita tak malu ngan Allah nak ikut perintah Dia,buat kita lalai dalam mengingatiNya, sampai time s0lat pun leh kenang2 kat si dia,2 yang dikatakan haram. kiter ni bukan sebaik, semaksum para nabi dan rasul Allah yang dijamin di sisi Allah. kita insan banyak kekurangan dan kelemahan. hati sentiasa berbolak-balik. iman pun turun naik setiap masa.
yang penting usaha dan tawakal.cuma masalahnya sekarang kebanyakan dari kiter cuma teringin nak berkapel sebab orang lain pun berkapel. sekadar nak merasa kehangatan berkapel – bukan bercinta. cinta yang sebenar sentiasa menjaga kebaikan, maruah pasangannya. agamanya dipelihara.nafsu ditahan. impian bersatu di dalam redha Allah sentiasa dipegang setiap masa.betul, memang dalam tempoh solo ni kita dituntut untuk wat pilihan sebaik mungkin. tapi apa salahnya jika kita berserah pada Allah. jangan letak harapan. xnak jz nak cuba2. kunun nak try test dulu kapel ngan orang ni camner, pastu ngan orang tu pulak, tak serasi, putus masuk line orang sana pulak…apalah salahnya bila jumpa seseorang, ada feel plak 2, cubalah ‘tanya’ Allah. sebab Dia yang tahu apa yang terbaik untuk kita. sebab Dia yang ciptakan jodoh untuk kita. kiter poyo suker camner pun tapi kalau Allah gtau xyah berangan la..2 bukan jodoh korang..memang takyah berangan la korang. 2 yang sampai frust tonggeng2 2.sebab kita langsung tak berbalik pada Allah.nak bercinta, bercinta la..tapi pada2 la. jangan lupa Allah..2 je.."

fikir-fikirkan, saye bersetuju dengan komen mynurul yang panjang lebar ni.
Apa pendapat anda??
;-)
Shyda Madina
10112010
12:53pm




Wednesday, November 3, 2010

So much things to be share!

Assalammualaikum wbt. Long time no write oh. =)


How r u? hoping u r doing a great2 things everyday. Insya-Allah =)


I'm doing great2 things nowadays, so much things i'd learned in a just a short time and i know so much things i need to learn to be success. success?? I put in my mind as what kak bochi's write on her book, Success is not a key to happiness, but happiness is the key to success. Lately I knew many people with a very contagious success that they did in their life. not just driving a superb car, living in big houses with expensive furniture inside, but also their live their life happily. what the most important is, they never be arrogant with all the success, but they are very2 humble person & look forward to make other peoples to feel & willing to be part of them..
3rd November 2010, first time in my life I sat in a jaguar,my mentor, Bochi's jaguar. wah..sangat kagum berada dlm kreta itu..sgt2 kagum. the  feeling is totally diff when u seated in merz or bmw. I was accompany kak bochi to her seminar n before that we "pick-up" <--( bought) bochi's shoes at KLCC special for her photograph shoot for anugerah wanita cemerlang Nona. Sangat berbangga with her, with the age of 34, she's managed to be nominated as one of the successful woman in Malaysia and she is in a Finance category, which was the crucial industry to be nominated. Im so proud of her eventhough I just knew her just about 3 weeks, but sooooooooooooooooooooooooooooooooooo much things I'd learned about life from her n her husband,Mr nazrin.  


choppp! yesterday also during teman kak bochi look after her shoes, trjumpa artis-faradhiya,which she also looking for shoes to photo-shoot. soo pretttyyy..x same mcm dlm tv, dia dgt2 slim n so pretty in reality..kteorg ber3 amek gmbr n salam each other. yela,dia manusia biase jugak kan..hehe..slalu jmpe artis,buat tak tahu je, ni tetbe teruja la pulak..haha..ni tgh plan nak jmpe kawan kak bochi, my wardina safiyyah..bila la gamknye...


back to cite kak bochi: @ Puan siti zainab bt zaini, which is manager of CWA ampang..People, dia sgt2 humble orgnya. beside of her jaguar, bukanla dia berlagak untuk pakai smua tu, but it is 1 of her dreams to driving it, to feel it. when the time I was in her car, she told me. "syahida, Tuhan tu bagi sangat banyak kekayaan atas muka bumi ni, sangat banyak..sy sgt2 bersyukur dpt merasai sedkit kekayaan tuhan & klu tuhan nak tarik, anytime..just skelip mata..thus,kita kena berusaha, bersyukur &  let other people to think and feel this..I want u to become more successful than me" she wanted me to reject the one of the bank that I already signed their offer letter with. I want to be just like her, yes! but i do need to find a courage & planning my life. If I just go through wit it, it is as same as i;m planning to be failed.so much things i wanna share but i'll do it in another post, since short of time..


So much things I want to thinks for future  beside of yesterday, I don't know what else I want to achieve in life since what I dreams I already achieved it. But yes,today, so many things to be grab, n InsyaAllah, with blessing By Allah,I'm ready to achieve it.


"success is tomorrow, not yesterday. Don't life ur life for yesterday, because it all became HISTORY, what is important is Future." Live ur life people. We'll be a great2 person in future..
"let's moving forward together" =)


Insya-Allah.


04112010
07:30am

Friday, October 22, 2010

......

Salam. 


Terbaca status salah seorang rakan di facebook, tertarik untuk kongsi ayat ni,:-

Jadi wanita cantik kadang2 sulit. Lelaki tidak selalu mencintai wanita cantik, tetapi sering cuma menginginkan kecantikannya. Wanita yang tidak cantik biasanya lebih mudah, kerana jika seorang lelaki mencintainya, bererti lelaki itu betul2 cinta padanya. (Gina Lollobrigida,1988)

Truly agreed. cantik :: satu bonus atau keistimewaan yang patut disyukuri.Sape tak bersyukur jadi cntik, mungkin ade putus wayar di kepala dia.. semua orang sukakan kecantikan.  Sebab tu ayat oleh Gina Lollobrigida kata, pempuan yang x cantik, tp ade lelaki yang betul menyintainya, sangat2 bertuah sebab cinta tu ikhlas, bukan dtgnya dr nafsu luaran smata2.

Alam duniawi kadang-kadang sangat menyakitkan hati. menjadi cantik susah, menjadi buruk pun susah. jadikla tengah2. tak buruk, tak cantik. jadi cantik, bangga diri, orang menyampah. jadi buruk, rendah diri, tapi sebab dh memang buruk, orang x nak pandang. Hmmm.. usah pening2. bersyukur saja apa yang ada. Kecantikan itu tidak kekal, bila-bila masa saje boleh ditarik. yang paling penting, hati yang bersih, cantik dalaman, pasti akan terserlah di luaran. 

Insya-Allah.

Shyda Madina
22102010




Wednesday, October 20, 2010

20-10-2010

Nice & awesome number!!

Assalammualaikum, Alhamdulillah we meet again here.

Ouh, arini kalau tak tulis something dalam blog, sangat2 rugi, cause masa takkan berpusing kembali, tarikh ini takkan datang lagi, Syukur, masih diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk hidup, masih boleh bernafas & merasai kemanisan hidup. ;')

Cuaca di kampung  teruk, jerebu shingga mnyakitkan idung n memeningkan kepala. Bayangkan saje, kuar skejap untuk skadar ke kedai, n hntar spupu ke sekolah pn, balik dh bersin n sakit kepala. Skrg ni mcm2 bncana ade. bencana alam tak payah crita, sna gempa, cni gempa. ni johor penuh jerebu, sbb kebakaran dari Sumatera.. mmg dh nmpak keuzurannya bumi tuhan ni. Mungkin bila2 masa saje, akan kiamat. Scary! tapi ari itu akan datang, mahu atau tidak.

Kadang-kadang, bila melawat orang sakit, Insafilah diri kte pun akan sakit satu hari nanti. Melawat orang yg sedang tenat mnunngu ajal, smpai masa nanti, smpailah waktu kita pulak. Mungkin caranya saje kut berbeza. Manusia ni ada 3 cara je nak meninggal: atas katil (hospital, wktu tido etc), kat Jalan Raya n kat dalam air. Oh menakutkan..

Nothing much to share but i found these words, renung-renungkan:-

  • Mimpi tidak akan menjadi kenyataan jika kita asyik tidur.
  • orang yang bijak, mempelajari banyak ilmu daripada musuhnya sendiri.
  • Terdapat banyak kemungkinan untuk Gagal,kerana kejayaan dapat dicapai dari satu jalan, iaitu USAHA,
  • Ketika ditimpa bencana,kita akan mengenali siapa kawan, dan siapa lawan.
  • Rumah tanpa buku, umpama bilik tanpa tingkap.
  • Kebocoran yang kecil masih mampu meneggelamkan sebuah kapal.(sangat dalam mksud ni!)
  • Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.
  • Tanpa permulaan anda tidak akan kemana-mana.
  • Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.
20-10-2010, Shyda-Madina

*Waiting for miracle on 20112011 & 201202012.* 










*

Monday, October 18, 2010

Perjalanan Ke Segamat

Dah selamat smpai ke kampung terchenta pada jam 1.20 pm. Alhamdulillah..
dalam perjalanan ke segamat, takde pape yang best..smbil membelek2 buku saving & unit trust,aku mulai merasa bosan.perjalanan ade 3 jam lagi..tertido jugakla akhirnya..smpai ke stesen Tampin, ade seorang pemuda naik keretapi & duduk di sebelahku. Aku tersenyum  dan mengalihkan begku yang terletak di tempat duduknya dan kami berborak2, hilang ckit rasa bosanku. Takdelah pemuda sngat pun, lebih berusia dari ayahku, tapi dengan bntuk badan dan gaya pakcik ni, agaknye menjadi kegilaan janda2 juge. (haha!) 


Borak punye borak, pakcik ni ke Singapura, dan dia telah ,menetap di Singapura bertahun2, daripada dia sekolah rendah & dia mndapat kerakyatan Singapura. Pakcik yg boleh dikatakan mcm ayah aku ni banyak bagi nasihat, yelah almaklum, orang tua..banyak makan garam. Bila aku tanyakan tentang perbezaan Malaysia & singapura, pakcik ni kata, "you should proud to be Malaysian". sebenarnye banyak resources yang ada kat malaysia ni, tapi orang x gunakan sbtul2nya dan betapa bertuah kte ni menjadi rakyat Malaysia sbb boleh makan ape saje yang kta nak, makan bersepah2. nak tak nak makan je. Bukanla kat Sinagpore saje pakcik ni bandingkan, macam2 lagi sebab dia dah merantau ke macam2 negara, n bini dia pun ada dua-seorang rkyat Singapura n seorang rakyat China.  


Sambil2 aku borak dengan pakcik ni, aku tanye laaa dia," pakcik, bole tak saye tengok I/c pakcik?? sebab saye tak pernah tengok camne IC Singapura". and guess what?? My kad kte jauhhhh lebih canggih dari Singapura. Beside, takde chip, just like lesen memandu, with cap jari kat blakang.


Actually, we should proud to be Malaysian, sibuk nak bangga2 kan negara luar, negara kte sndri orang tengah sibuk nak ambik-alih sebab kekayaan yang kta sndri tak nampak... 
come on malaysian!! bersatulah untuk kebaikan bersama.


I'm Proud to be Malaysian.
;)
Nursyahida Bte Rosli.
18102010

Sunday, October 17, 2010

Teringat hari smalam..kui3

Assalammualaikum warahmatullahiwabarakatuhhhhh!!! 
 Semoga sentiasa ceria2 slalu...=)


smalam seawal 9 pagi, aku kuar dr ruma untuk ke CWA-Cimb Wealth Advisor, utk jumpe kak bochi ku..suka sgt bila jumpa kak Bochi nie, sbb dia sgt2 energatik, sgt2 happy orgnya & sgt2 success orngnye.. Bayangkan, Salah seorg wanita plg kaye di Malaysia yg pakai Jaguar, with 80 k income monthly, now, dia jadi my mentor n kami akan bermuah-muah ketika nak berpisah.. haha so nice to be at this work environment and i feel this is the start to be just like her & hope lebih rmai melayu yg jadi kaya mcm kak bochi ni..(dia sgt2 suka labuci smpai org panggil dia Bochi..haha..) & one thing!! dia juga salah seorang penulis buku Financial success di Malaysia which kalau tak silap the title is "what ought you have to do now" kalau salah, nnt i re-check again ok..hehe Bila smpai2 je, kene nyanyi lagu cmpany which macam lagu "inilah barisan kita, yang ikhlas berjuang" hahaa..smbil berkawad okeh?? hahaa..fun & msti tegelak2 baru la ade energy nak absorb bnde baru.. 


pas dah abes sume2 tuuuuuuu..aku pun kua laa dgn seseorang nih..jeng!jeng! jeng! biarla kami saje yg tau..haha what is the best thing, rase mcm2 bnda nak makan tapi plg terhingin ialah nasi beriyani & kueh teow goreng! & dua-dua aku dapat makan dlm seari tapi tempat & waktu yg berbeza la okeh..haha..Alhamdulillah =) Tq awak!! 


Pastu nak komen la pasal cte yg kteorg tengok smalam..Title dia.."the legend of Fist"
nie haaa..




sebenanye nak tengok cite Magika sbb aimed nak gelak2 lagi, tp takde, so layan je la cite cina ni kan..Not bad! tapi banyak tutup mata la pasal ganaih beno org2 ni belawan, kngfu bagai..slambe2 jek bunuh anak org..Banyak yg faham, cite ni pasal permusuhan cina & jepun.. n bila tengok2, takde bawak faedah pun dorang nak gaduh2, bunuh, rosak2 barang.. bwk kpd kemusnahan je,.Perasan tak, nak musnahkan sesuatu senang je, nak pelihara @ bangunkan agaklaa payah ckit..tak kisahla dlm bentuk hubungan ke, ape2 je la kan..nak bina rumah ke, masjid ke, cayolah cakap den..banyak dugaannye..tapi cmne cara kta nak handle tu yang paling penting..janganla jadi orang yg tewas..Jadiklaa champion of championss.. (Amin!)


Itu saje kutt??Banyak lagi nak cite pasal smalam tapi  biarlaa jadik privacy..haha ape yg penting, hidup ni kene happy..apepun jadi, jadikla bahgia! Pedulikan kata2 org yang menjatuhkan kte, tp amekla ckit klo kata2 itu bagi kebaikan kt diri kta..


Live live Cool,Peace & harmony since Allah only gave us A chance to be alive~ Thus, appreciate it! :')


Insya-Allah.


@shydaMadina@
16:50 (17102010) 

Thursday, October 14, 2010

Oh Jangan kembali padaku lagi!!

Oh oh ..tajuk yang amat Jiwang karat sehhh....Haha..
Ade kelukaan skit d ctu, emo banyak di situ, Kedukaan yang banyak & airmata yang banyak d situ..


Assalammualaikum.. Ape kabo?
walaupun arini tak bape sihat, rase pening2..(alhamdulillah takde rase muntah2..haha) still ada kekuatan untuk menaip blog..
Kalo tak update blog ni, bersawang la jawabnye..tapi blog kali ni lebih kepada kehidupan,mungkin kurang ckit pada Islamic view macam ramai yang cakap suka bace pandangan & pendapat Blog kehidupanku @ nursyahida Rosli ni..


Pagi ni 15 October 2010, Hari jadi Mak yang melahirkan aku, mak yg membesarkan aku, Mak yg sgt2 aku syg wpun kadang2 mak tu garang dgn aku, marah2..biase la kan mak..klo mak tak marah, cmne nak didik anak ye tak..Mak sanggup bersusah demi anak2 dia..snggup dia xde duit, asalkan anak2 dia ade duit..I saw with my own eyes, & I really wanted to cry now!! Jasa mak terlalu besar, klu dibandingkan dengan masalah yang dia bebani..


sungguhnye, Mak aku boleh jadi superwoman!! klo dia bole terbang, dh lame dh aku suh dia terbang jmpe aku skg jugak..Bila hari last meninggalkan Sabah, aku cium tangan mak, aku salam dia,aku cium pipi dia..tangan dia dh tak slembut dlu, sgt rase kering..aku rase nak letak lotion kat tgn dia mase tu jugak..(oh! air mataku jatuh lagi..)


aku sgt marah klo org cakap mak aku tak cntik,mak nmpak tua, tp aku balas dgn senyuman saje..mak tetap cntik,kalah betty banafe okeh..Dun u ever dare to talk bad about my mum cause now I really2 miss her!!Sesungguhnye aku smpai fikir takmo kawin pun, sebab aku nak jage mak. aku nak bagi mak rase duit2 aku, rase kesenangan, & aku tak pernah langsung fikir untuk berkawin pd waktu yg dekat..Kpd awk, tunggu la sampai saye sedia ye.. :-) Sesungguhnye saye menyayangi mak sy berjuta kali lebih dr sy sayangkan orang lain...


Apepun jodoh itu di tangan Tuhan, tadi ade bace Majalah MIDI, org yg berkawin ni, banyak dpt pahala..kalau basuh baju untuk suami pn dpt 1000 ganjaran pahala,apetah lagi klu lahirkan baby..sangat banyak,shingga 1 urat yg putus disamakan dengan ganjaran haji.Guys! sorry, korang tak dapat la pahala camni..;p tapi kata Nabi Muhammad, Wanita senang mendapat pahala, tetapi wanita juga ramai di neraka.,
Ape2pn, tepuk dada,tanya la selera.aku sendiri pun banyak kelemahan di sana-cni..ouch! touching!


Berbalik kepada tajuk di atas, Ehm, pada 15 October 2010 ni juga, aku mndapat kejutan seawal jam 6 pagi..tak perlu la nak share sape pun yang call tuh...tapi aku mendapat khabar yang org "lama" dalam hidup aku skg sibuk bertanya-tanyakan tentang aku..Oh!! kenapakah?? kawanku ini yang menjadi "pengantara"
turut merasa pelik..aku pn berkata.."sudah-sudahla, benda lama yang perlu dibuang..jangan lagi ia kembali"
Faham tak, sebenarnya basic idup manusia ni same saje..wpun aimed dia hidup untuk cari hrta yang bertimbun2 stinggi gunung, at last ape yg dia cari adalah kebahagiaan & ketenangan dalam hidup..
So takyahla susah2 datang kat orang lain,awak dah tau yang awak tu hanya nak mengsufferkan hidup dia,& dia pun dah cakap dengan awak sndri..SO, u  please back-off!!


ALready 12:15., Nak kene siap nak ke CIMB, jumpe my kak Bochi..So ada masa, kita ketemu lagi ya..


Semoga sntiasa dalam keredhaan-Nya..


Amin,


@ Shyda Madina @
151010-12:15

Saturday, October 9, 2010

Grrrr~~

Salam, May Allah Bless all of you.




Hmm, not in a good mood. I was humiliated by someone who is Indian today. I was kind of heart-crashed when she talks about my weaknesses and asking about my credibility in front of me. She was so rude!!!!
I know I'm Not good, but im trying to be good..


Sometimes, it is hard to hold something that people expect and respect u with, but u are not that good, but this people never see n know what kind of effort u had put off.
Ya Allah, I told she think that I am just like a liar who trying to be good in front of her but I was not. I never think I'm that bad, & Maybe I think too much about this. Yeah, people humiliate you, it is not an easy thing to forget that , rite??..but, I  took it as positive..
Thanks to YOU, I'm surely be proactive to learn those things and I promised to myself, I'll be better than yours in A year!!! 


When I said I want,  I will, I go & I achieve it.!


Thanks for someone who was beside me at that time, cheer me-up & listened my anger. Thanks! =)
Syukran Allah gave you, just the right time when my life is crashing by thunder-upside down.
Alhamdulillah.^^


Heart-crashed
Syahida
09102010

Friday, October 1, 2010

Ade manfaat ghupenye tengok tv...

Syukran, Ketemu lagi kita ya. Alhamdulillah, masih diberi kekuatan oleh Allah untuk Share idea2 yang terfikir di dalam kepala ni..hehe


semalam, ari jumaat, bersamaan 1 October 2010, jam 9 malam..aku tengok tv, bnde yg biase, tv3, cite Ahmad Durrah. Layan punya layan cite ni. bolet tahan jugak. part cite tu smalam mengenai Taha yang sakit hati nak gi belasah Durrah sebab kunun2nye Durrah ni mengganggu kampung dia,sedangkan musafir ni tak buat ape2 pun...
pastu dh abes dorg bersilat & berkungfu (Durrah mcam berkungfu siott, bukan silat dah..), dileraikan dengan seorg penduduk kg..Durrah ni pulak pas abes2 je berlawan, dia ckp dgn pacik tu yg dia nak cari masjid.. pakcik tu cakap yg masjid kt kg tu xde, org smbhyg kat kg sebelah..yg ade hanya masjid lama yg dorg dh lame gile x gunakan n sangat2 lah behabuk..durrah kate nak solat dhuha. waktunye pun dh nak dekat abes..


Mase Durrah duk cakap pasal solat Dhuha, aku pun tertanya2 dalam ati. solat dhuha tu solat ape ye. malunye rase, Jahilnye aku..Pastu teringat abang aku penah cakap.. "kak, Buat dhuha kak,InsyaAllah, murah rezeki"
Aku dengar je la abg aku cakap tu, "yela-yela" tapi x amek tau pun..mase xtau pasal solat ni,aku pn iye2 la ingatkan solat ni buat waktu tengah malam. ala, macam solat tahajud tu. Bila dh tgk cite Ahmad Durrah, terfikir pulak, ghupenye, solat waktu pagi, wktu matahari naik..Malu sebab jahil..selama ni, solat yg wajib je,solat2 sunat, yg tau pun..istikharah, taubat n hajat.itujela. rupanya, mcam2 lagi ada. Islam ni cukup kaya,aku je jahil x nak amek tau..shynyeee aku.huhu.


Kalo tengokkan khasiatnye, rase2 tak nak langsung tinggalkan solat2 sunat ni. rase tamak sgt, sume nak buat. yela, ruginye tak buat, kelebihannya, di dunia & akhirat. Allah pun makin sayang =)


Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).


Lihat? Bestkan?


Cari peluang selagi masih boleh beramal & meningkatkan diri kepada Allah.
sesungguhnya, kite dicipta untuk dekat pada-Nya, dan jauhkan daripada Syaitan yg direjam.
ade faedah jugakkan tengok tv..sape kata producer2 tmpatan tak bagus?
org melayu ptt bnyakkan cite2 camni, barulah Islam & amalan2 tu kte amalkan.


Hehe.


Semoga berjumpa lagi.


=)

Tuesday, September 28, 2010

Sepuluh Kaedah mencari kebahagiaan

Mari menjadi lebih bahagia!! =)

1. Melakukan pekerjaan yang kamu sukai. Bila pekerjaan yg anda sukai itu mudah diperoleh, maka isikanlah hobi pada saat2 waktu terluang.

2. Perhatikanlah kesihatan fizikal, kerana sesungguhnya kesihatan fizikal adalah jiwa kebahagiaan. makan& minum scr tidak berlebihan, membiasakan olahraga& menjauhi kebiasaan buruk & merugikan.

3.Memiliki tujuan dalam hidup, krn itu yang membina semangat.

4.Menjalani hidup  apa adanya, terima baik dan manis, mahupun pahit dengan hati yg lapang.

5.hayati hidup yang sedang dijalani, jangan menyesali perkara lalu dan jangan pula memusingkan hari esok yang belum tiba.

6.Hendaklah selalu berfikir dalam kerja & mengambil keputusan. Jgn menyalahkan org lain atas keputusan2 anda & atas sesuatu yang berlaku kepada anda.

7. sentiasalah memandang orang-orang yang dibawah anda.

8. Biasakanlah diri anda murah dgn senyuman, berjiwa periang & mendekati orang2 berjiwa optimis.

9.Membantu org lain dalam kebahagiaan, semoga anda juga merasai kebahagiaan tersebut.

10. Pergunakan kesempatan yang anda untuk merasa ceria, dan gembira dan indah kerana itu adalah terminal penting untuk kebahagiaan.


Petikan dari
"Jangan bersedih, Jadilah wanita yang paling Bahagia"
 Dr Aidh Bin Abdullah Al Qarni

Saturday, September 25, 2010

Tekojut Den!

Hari ni bebangun tido je (awal lak tuh)..ade sehelai kertas misteri disebelah~
punya excited nak bace,siap dok bersila lagi atas katil
bila bukak..jeng3!!
private & confidential..
"ni agaknye dapat keje kut??"
sekali bukak..
ade cop biru di atas,
ni haaa logonye..


korang kenal tak?? aku kenal bebeno..
Bill broadband aku la ape lagi..
huwaaa~!

cik Nursyahida,
bil anda adalah seperti berikut:-

Bil cetak untuk BB-Pro-rata       = RM 0.77
Bil cetak untuk C-BB                      = RM 2.00
Nilai Pakej Pro-rata                       = RM28.52
Nilai Pakej                                         = RM68.00
Total                                                    = RM99.29
                               rounded to 0.01 * RM99.30



Ngok-ngek betul..mate yang mengantuk jadik sesegar alam..
hadoiiiii~
amende charge bil cetak smpai RM2.77 sen???!!!
tak yah cetak laa...aku cetak sndri jek..xsmpai 30sen pun..huhuuuu

pulak tu nilai pakej pro-rata smpai 28 hengget, bole makan kfc 3 kali tau tak..
pakej rm68 hengget  tu aku memang dah sedia maklum,sbb tu yang aku pilih..

cuma..

rase TAK NAK bayar sebab dia cakap 1st month FREE..
tu yg terkojut dapat bill unexpected lak tu lebih dari RM68..ape tak haku hangin..
boleh tak nak BUAT TAK TAU aje??
bole je..
aku gak yang susah..
name blacklist, baru padan muka..

Memangla bfore ni penah pkai BB with diff num,mase study dlu..but dah stop during internship cause ruma yg duk tu dah ade wifi free, watpe susah2 nak g bayo..gpun dat time student maaaa..sumo ditanggung..
nie dah beso panjang..nak keje tak dapat2, bayar lak berokband...
tapi bila pkir2 balik..aku pkai BB nie balik pun sbb nak cari keje..takpela..investment laaa..

Bila cakap 1st month FREE, so aku pun takdela expected nak bayar pape this month..
tetibe ade tanggungan la pulak..ADuss!
takpela..bayo je la..


Kengkawan, Allah tak suka org berhutang..
wpun ckit,tetap hutang..nanti hidup kte tak berkat..
ni cakap betul ni, dari pengalaman hidup..huhu
niat kte kene  betul,InsyaAllah, 
Allah permudahkan kte untuk membayar hutang..(membebel lak aku nih..ngahaha)

Cuba Renungkan..
orang pinjam duit korang..
dah la banyak..
buat tak reti je..
Hangin tak??
haa..
Tau hangin..

camtu gakla Celcom yang banyak berjasa pada Fb, ym, (yang tak penting je) jobstreet (ni penting!), tiket airasia ku & blog ku~


 wuhuuuulagi satu!! ngam2 cakap pasal hutang ni, jauh2kan laaa diri korang  drpd pkai kad kredit!! AhLong num 1..penyamun!makn duit riba!eeee..aku tak skeee!

Ya Allah, Jauhkan la aku daripada berhutang & orang-orang yang suka berhutang..
Aminn..

Sekian, jiwa kusut mnjadi serabai.



Dush! '

Wassalam ^^